Mengatasi Kemurungan (Depresi): Perubahan Gaya Hidup
Klik untuk menonton video oleh ML Studios mengenai Cara Mengatasi Tekanan dan Kemurungan
Mengatasi Kemurungan (Depresi): Perubahan Gaya Hidup
Apabila anda merasa tertekan, anda biasanya sukar menghadapi rutin harian. Sesuatu aktiviti yang biasa anda gemari mungkin tidak lagi membawa kepuasan yang sama. Anda juga akan berasa letih dan tidak mempunyai tenaga untuk melakukan apa-apa.
Baca lebih lanjut mengenai gejala kemurungan di sini:
- Gejala kemurungan (depresi)
- Jenis-jenis gangguan kemurungan
- Perbezaan antara “sedih” dan “kemurungan” (depresi)
Sekiranya perasaan ini keterlaluan dan menghindari anda meneruskan rutin kehidupan anda, dapatkan pertolongan dan berbincang dengan orang di sekeliling anda. Perubahan gaya hidup tertentu dapat membantu anda menjalani kehidupan anda kembali ke biasa. Walau bagaimanapun, jika keadaan menjadi terlalu tegang, berjumpa dengan doktor dan bincang tentang pilihan rawatan yang paling sesuai untuk anda, mengingatkan diri anda bahawa anda tidak perlu mengalami fasa ini bersendirian.
Perubahan Gaya Hidup
i) Bersenam
Bersenam membebaskan endorfin di dalam badan anda, yang seterusnya menjadikan anda berasa segar dan bertenaga. Memperuntukkan 30-45 minit sehari untuk aktiviti fizikal (misalnya, berjalan pantas, aktiviti aerobik) juga dapat mencetuskan pertumbuhan sel otak baru.
ii) Sokongan Sosial
Sokongan sosial yang kuat dari keluarga dan rakan anda adalah faktor penting dalam memerangi kemurungan. Berhubungan kadang kala dengan keluarga dan rakan anda boleh menjadikan anda tidak terasing dan bersendirian.
Sekiranya anda tidak dapat sokongan sosial yang kuat dari keluarga dan rakan, pertimbangkan untuk menyertai kumpulan atau kelas yang mempunyai aktiviti yang anda minati. Dengan ini, anda dapat bertemu rakan baru dan memastikan diri anda sibuk dengan sesuatu yang anda gemari.
Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menjadi sukarelawan kerana ini dapat membantu anda mencari rakan baru, menjangkau komuniti, mempelajari kemahiran baru dan menemui perkara baru. Menghulurkan pertolongan kepada orang lain dapat meningkatkan kesihatan dan kebahagiaan anda.
iii) Pemakanan yang Sihat
Pemakanan yang sihat memberi anda kekuatan mental dan fizikal. Makan dengan baik dengan makanan yang seimbang sepanjang hari akan membantu mengekalkan tahap tenaga anda dan mengurangkan perubahan mood.
iv) Rehat dan Tidur yang mencukupi
Tidur yang tidak secukupnya akan memburukkan mood anda dan buat anda merasa sedih, letih dan mudah marah. Sebaiknya tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.
v) Pengurangan Tekanan
Perkara-perkara tertentu dalam kehidupan seharian anda mungkin memberi anda tekanan yang terlalu banyak dan yang mungkin akan menyebabkan kemurungan akhirnya. Analisis masalah dan mencari cara-cara untuk menyelesaikan atau mengurangkan masalah.
Sekiranya perubahan gaya hidup tidak dapat membantu mengatasi kemurungan anda, hubungi profesional kesihatan untuk mendapatkan bantuan. Doktor anda akan memberi nasihat dan menetapkan jumlah terapi dan / atau ubat yang tepat. Penting untuk tidak mengambil ubat antidepresi tanpa preskripsi doktor anda kerana ia akan menyebabkan kesan sampingan dan menimbulkan bahaya kesihatan.
Amaran. Blog TELEME mengandungi maklumat umum tentang keadaan kesihatan dan rawatan. Ia tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat perubatan profesional, diagnosis atau rawatan.
Sekiranya anda mengalami sebarang masalah perubatan, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan segera dari doktor anda atau ahli kesihatan profesional yang lain. Anda tidak boleh menangguhkan mendapatkan rawatan, menukar rawatan / perubatan anda, atau menghentikan rawatan perubatan kerana maklumat di laman web ini.