Kepentingan Pengurusan Tekanan
Hampir mustahil untuk mengelakkan tekanan dalam kehidupan seharian. Sebagai orang dewasa yang bekerja, anda perlu mencapai sasaran kerja, membayar bil dan memenuhi tanggungjawab keluarga. Tugas dan tarikh akhir harian anda tidak pernah berakhir dan selalu kelihatan bahawa anda tidak mempunyai cukup masa dalam sehari untuk menyelesaikan tugas anda. Akhirnya semua tanggungjawab ini secara beransur-ansur bertambah dan melebihi masa peribadi dan sosial anda.
Tekanan tidak semestinya perkara yang buruk. Sebilangan kecil tekanan dapat membantu anda bertambah fokus dan memberi motivasi supaya anda cemerlang dalam pekerjaan anda.
Tetapi, jika anda sering berasa letih dan terbeban, anda perlu belajar mengurus emosi dan fikiran anda. Tidak kira betapa tertekan kehidupan anda, selalu ada cara-cara untuk mengatasi tekanan dan mengawal semula kehidupan anda.
Kepentingan Pengurusan Tekanan
Sekiranya tahap tekanan anda terlalu tinggi dan menyebabkan kesan negatif terhadap kesejahteraan anda, anda perlu belajar mengawalnya agar anda lebih sihat, baik dari segi mental dan fizikal. Matlamat utama pengurusan tekanan adalah untuk memiliki kehidupan yang seimbang, dengan cukup masa untuk bekerja dan kehidupan peribadi serta ketahanan untuk menghadapi tekanan dan cabaran.
Cubalah beberapa petua bantuan diri yang disyorkan berikut untuk membantu anda mengatasi tekanan anda.
Kenali Punca Tekanan dalam Kehidupan Harian Anda
Punca tekanan boleh bersumber dari faktor dalaman atau luaran keadaan anda. Tekanan tidak semestinya disebabkan oleh peristiwa negatif seperti perceraian atau kegagalan di tempat kerja. Ia juga dapat disebabkan oleh peristiwa positif seperti promosi pekerjaan, berkahwin atau fasa pengajian yang seterusnya.
Faktor luaran menuntut harapan yang lebih tinggi atau tanggungjawab yang lebih besar dan mungkin kelihatan berlebihan bagi anda.
Faktor dalaman disebabkan oleh pemikiran peribadi anda yang dihasilkan seperti harapan diri yang tidak realistik atau harga diri yang rendah. Tekanan tertentu menjadi lebih buruk oleh tingkah laku anda sendiri seperti terlalu bimbang atau menunda tarikh akhir kerja dan bukannya permintaan pekerjaan yang sebenarnya itu sendiri.
Untuk mengenal pasti sumber tekanan sebenar anda, fahami dahulu tabiat, sikap dan alasan anda.
- Adakah anda menerangkan tekanan sebagai sementara walaupun anda tidak ingat kali terakhir anda menarik nafas lega?
- Adakah anda mendefinisikan tekanan sebagai suatu perkara yang penting dalam kehidupan kerja atau rumah anda atau sebagai bahagian keperibadian anda?
- Adakah anda menyalahkan tekanan anda kepada orang lain atau peristiwa luar atau menganggapnya sebagai perkara biasa dan tidak luar biasa?
Tulis dalam jurnal tekanan dan analisis masalah tekanan biasa anda. Tuliskan bagaimana perasaan anda, bagaimana reaksi anda terhadap situasi tersebut dan apa yang biasanya anda lakukan untuk melegakan diri supaya anda merasa lebih baik.
Anda seharusnya dapat melihat trend dan mengenal pasti sumber tekanan yang sebenarnya. Sekiranya anda menerima tanggungjawab atas peranan yang dimainkan oleh anda dalam mewujudkan atau mengekalkan tekanan anda, tahap tekanan anda akan beralih di bawah kawalan anda.
Klik untuk menonton video mengenai Cara Praktikal yang dapat kurangkan stress oleh Toodia TiVi
Ubah Strategi Pengurusan Tekanan yang Tidak Sihat Anda kepada Strategi yang Lebih Sihat
Jurnal tekanan anda boleh membantu anda mengenal pasti pencetus tekanan dan bagaimana anda bertindak balas terhadap tekanan tersebut. Ramai orang mengamalkan tabiat tidak sihat untuk mengatasi tekanan tetapi ini hanya akan memberi kelegaan yang sementara.
Tabiat tidak sihat ini bukan sahaja akan memburukkan keadaan mental anda tetapi juga keadaan fizikal anda dalam jangka masa panjang.
Contoh tabiat tidak sihat untuk mengatasi tekanan:
- Merokok / Alkohol / Dadah
- Tabiat makan yang tidak sihat seperti makanan ringan
- Tidur terlalu sedikit atau terlalu banyak
- Menyalahkan atau membenci orang lain
- Mengelakkan aktiviti dengan keluarga atau rakan
Sebaliknya, cubalah melakukan aktiviti yang sihat untuk menghilangkan tekanan seperti:
- Melakukan aktiviti sukan atau bersukan bersama rakan
- Kelas Yoga / Pilates / Meditasi
- Aktiviti sukarela untuk menolong orang yang kurang bernasib baik
- Mengamalkan rancangan pemakanan yang lebih sihat
- Berhubung dengan keluarga dan rakan untuk meraikan acara yang menyeronokkan
- Luangkan masa untuk bersantai seperti mendengar muzik, rawatan muka atau urut
- Dapatkan rehat atau tidur yang cukup
Amaran. Blog TELEME mengandungi maklumat umum tentang keadaan kesihatan dan rawatan. Ia tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat perubatan profesional, diagnosis atau rawatan.
Sekiranya anda mengalami sebarang masalah perubatan, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan segera dari doktor anda atau ahli kesihatan profesional yang lain. Anda tidak boleh menangguhkan mendapatkan rawatan, menukar rawatan / perubatan anda, atau menghentikan rawatan perubatan kerana maklumat di laman web ini.