()

Updated on Oktober 6, 2020

Penjagaan Kaki untuk Diabetes: Pemeriksaan Sendiri

Kaki Diabetik ialah akibat daripada jangkitan, luka atau kerosakan pada tisu kaki yang berkait rapat dengan gangguan pada saraf dan/atau penyakit arteri periferal. Penjagaan kaki adalah sangat penting dalam penjagaan Diabetes untuk mengelakkan lebih banyak lagi komplikasi kaki.

Pemeriksaan awal bagi gangguan saraf periferal dan penyakit arteri periferal untuk pesakit Diabetes perlu dilakukan secara diagnostik dan perlu diulang sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Ini adalah kerana, ulser kaki yang tidak dirawat mempunyai risiko tinggi untuk dipotong kakinya.

Klik untuk menonton video DiabetesUK – How to Examine your Feet

Berikut merupakan elemen penting dalam penjagaan kaki diabetik:

  • Kawalan diabetes yang baik seperti mengikuti diet untuk penyakit diabetes, pengambilan ubat-ubatan yang baik dan mengikut jadual, melakukan ujian darah secara berkala, melakukan aktiviti fizikal dan berjumpa doktor anda secara berkala.
  • Kerap bersenam dan melakukan aktiviti fizikal kerana ia membantu melancarkan peredaran darah dan meningkatkan kawalan diabetes.
  • Berhenti merokok kerana ia meningkatkan risiko komplikasi pada jantung, mata, kaki dan strok.
  • Elakkan melakukan aktiviti yang boleh mencederakan kaki seperti berjalan kaki ayam, menggunakan stoking yang ketat atau memakai kasut yang tidak sesuai. Tukar stoking anda setiap hari.
  • Hapuskan halangan seperti lantai yang tidak rata atau barang yang menghalang laluan serta membolehkan anda tersadung dan terjatuh di rumah anda.
  • Rapikan atau potong kuku kaki anda secara berhati-hati dan elakkan memotong kulit kuku (biasanya di tepi kuku).
  • Basuh kaki anda dengan kerap dengan menggunakan air suam dan sabun yang lembut. Keringkan kaki anda dengan lembut dan perlahan serta sapukan krim/losyen pelembap untuk mengelakkan kulit kaki menjadi terlalu kering. Jangan sapu terlalu banyak pada bahagian celah-celah jari kaki untuk mengelakkan jangkitan kulat.
  • Pakai kasut yang dicipta sesuai dan selesa untuk kaki anda. Kasut yang dicipta khas ini boleh mengurangkan risiko untuk mendapat ulser kaki.

Jumpa Doktor atau Podiatri anda jika mempunyai masalah dengan kaki anda.

TeleMe dibina untuk memberi komuniti akses ONLINE & OFFLINE yang selesa & cekap ke penjagaan kesihatan.

Amaran. Blog TELEME mengandungi maklumat umum tentang keadaan kesihatan dan rawatan. Ia tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat perubatan profesional, diagnosis atau rawatan.

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah perubatan, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan segera dari doktor anda atau ahli kesihatan profesional yang lain. Anda tidak boleh menangguhkan mendapatkan rawatan, menukar rawatan / perubatan anda, atau menghentikan rawatan perubatan kerana maklumat di laman web ini.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating / 5. Vote count:

No votes so far! Be the first to rate this post.

As you found this post useful...

Share it on social media!

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?