()

Apakah itu COVID-19 Kuarantin Diri Dalam Rumah?

Anda mungkin akan dikehendaki untuk kuarantin diri dalam rumah untuk pengawasan jikalau anda seperti berikut:

  • Pulang ke rumah selepas menerima rawatan dan pulih dari jangkitan COVID-19 dari hospital.
  • Berada berdekatan dengan kes PUI or pesakit positif COVID-19.
  • Pulang daripada luar negara (terutamanya China, Hong Kong, Macau, Korea, Italy, Spain, Denmark, Iran, Japan)

Klik untuk menonton video KKM tentang Pengawasan dalam Rumah

Dalam tempoh ini, anda harus cuba mengelakkan berdekatan orang lain sebanyak mungkin, sebaik-baiknya tinggal bersendirian. Senarai semak seperti berikut adalah untuk memastikan anda mampu melakukan kuarantin diri:

  • Mempunyai bilik mandi dalam bilik tidur (atau bilik mandi yang hanya digunakan oleh anda) jarak dari ahli keluarga yang lain.
  • Mempunyai akses untuk makanan dan barang keperluan untuk 14 hari
  • Mempunyai akses untuk sarung tangan dan pembasmi kuman dalam rumah dan memakai topeng muka apabila ada orang lain mendekati
  • Pastikan anda menjaga kebersihan diri sepanjang masa dan elakkan perkongsian peralatan makanan
  • Elakkan atau menghadkan pelawat
  • Hadkan jarak anda sekurang-kurangnya 2-meter dengan ahli keluarga yang lain terutamanya golongan risiko (golongan emas berumur 65 tahun ke atas, kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah, wanita mengandung, pesakit kencing manis, pesakit hati atau paru-paru dan golongan yang mempunyai daya tahan badan yang rendah seperti pesakit barah)
  • Duduk dalam rumah dan sentiasa boleh dihubungi oleh pekerja kesihatan
  • Boleh melawat doktor dengan kenderaan sendiri (kalau bergejala ataupun keadaan semakin teruk)

Amaran. Blog TELEME mengandungi maklumat umum tentang keadaan kesihatan dan rawatan. Ia tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat perubatan profesional, diagnosis atau rawatan.

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah perubatan, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan segera dari doktor anda atau ahli kesihatan profesional yang lain. Anda tidak boleh menangguhkan mendapatkan rawatan, menukar rawatan / perubatan anda, atau menghentikan rawatan perubatan kerana maklumat di laman web ini.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating / 5. Vote count:

No votes so far! Be the first to rate this post.

As you found this post useful...

Share it on social media!

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?