()

COVID Dos Penggalak

Dos penggalak atau Booster Dose adalah dos tambahan yang diberikan kepada individu yang telah lengkap menerima vaksin COVID-19.  Penerima vaksin lengkap mendapat perlindungan daripada penyakit COVID-19 terutamanya gejala teruk dan kematian. Walau bagaimanapun, setelah suatu tempoh, perlindungan tersebut berkurangan. Justeru, dos penggalak diberi untuk meningkatkan semula perlindungan tersebut.

Click to view Covid-19 Malaysia video on Dos Pengalak

Siapakah yang patut dapat Dos Penggalakan?

Dos penggalak akan diberikan kepada individu dewasa berumur 18 tahun dan ke atas dengan keutamaan kepada kumpulan rentan dan berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID seperti;

  • Penghuni dan petugas di pusat jagaan kesihatan jangka panjang
  • Petugas barisan hadapan (anggota kesihatan dan bukan kesihatan)
  • Individu dengan komorbiditi
  • Ibu mengandung
  • Keperluan ke luar negara

Apakah jenis vaksin yang diberi?

Pada masa ini, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah meluluskan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech, CoronaVac keluaran Sinovac dan AstraZeneca sebagai dos penggalak. Tempoh penerimaan dos penggalak adalah berbeza berdasarkan jenis vaksin lengkap atau dos primer yang telah diterima.

Apakah persetiaan sebelum mendapat dos penggalakan?

Antara perkara yang perlu diambil kira sebagai persediaan sebelum ke tempat vaksinasi termasuklah:

• Tidur secukupnya

• Mengambil sarapan / makan tengah hari sebelum ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

• Sihat tubuh badan dan tiada gejala

• Memakai pakaian yang sesuai dan sopan

• Memakai pelitup muka

• Membawa kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri

• Membawa kad vaksinasi sebagai bukti anda telah mendapat dos lengkap sekiranya tiada aplikasi MySejahtera

  • Bukan dalam tempoh kuarantin

Kesan Sampingan

Kebanyakan kesan sampingan adalah ringan, bersifat sementara dan boleh sembuh dalam masa beberapa hari tanpa rawatan.  Kesan sampingan yang kerap dilapurkan termasuk;

  • Sakit atau merah ditempat suntikan
  • Letih
  • Sakit kepala atau sakit otot
  • Sakit sendi
  • Menggigil
  • Demam
  • Loya

Reaksi yang teruk terhadap vaksinasi jarang berlaku. Sila berjumpa doktor jika anda mengalami pening, ruam kulit atau sesak nafas


Amaran. Blog TELEME mengandungi maklumat umum tentang keadaan kesihatan dan rawatan. Ia tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat perubatan profesional, diagnosis atau rawatan.

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah perubatan, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan segera dari doktor anda atau ahli kesihatan profesional yang lain. Anda tidak boleh menangguhkan mendapatkan rawatan, menukar rawatan / perubatan anda, atau menghentikan rawatan perubatan kerana maklumat di laman web ini.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating / 5. Vote count:

No votes so far! Be the first to rate this post.

As you found this post useful...

Share it on social media!

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?