Siapakah golongan risiko terhadap COVID-19?

Coronavirus yang sebelum ini yang diketahui sebagai nCoV telah dinamakan secara rasmi sebagai COVID-19 (Coronavirus Infection Disease-2019). Cara penularan COVID-19 daripada individu kepada individu lain adalah melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang berdekatan (sebanyak 6 kaki). Gejala jangkitan ini boleh mula daripada hari ke-2 hingga ke-14 hari (dan sekarang boleh hingga ke-24 hari).

Walaupun sekarang masih tiada rawatan untuk COVID-19, pesakit akan diberi penjagaan rapi untuk memastikan organ seperti paru-paru dan ginjal tidak terjejas. Seseorang yang berhubung rapat dengan kes positif pesakit COVID-19 HARUS mengamalkan kuarantin diri selama 14 hari (atau lebih bergantung daripada kemas kini terkini) untuk memastikan mereka tidak mengalami gejala

Ini adalah gejala biasa

• demam

• batuk kering dan

• kesukaran bernafas

• sakit badan

• cirit-birit

• Sindrom kesusahan pernafasan (lewat)

Click to view MyHealthKKM video on Symptoms of Covid-19 (Malay)

Siapakah golongan risiko yang mungkin mempunyai komplikasi terhadap COVID-19?

Golongan risiko adalah seperti berikut:

  • Golongan emas (terutamanya berumur 70 ke atas)
  • Menghidapi kesakitan yang lain (seperti kencing manis, penyakit hati atau daya tahanan badan yang rendah seperti pesakit barah)
  • Wanita mengandung,

Golongan risiko adalah dinasihatkan untuk:

  • Elak tempat tumpuan ramai
  • Elak melawat hospital (melainkan jika perlu)
  • Elak menyentuh objek di tempat awam
  • Elak menyentuh mata, hidung dan mulut anda.
  • Elak makanan yang mentah

Menjaga kesihatan dengan

  • Pakai penutup mulut dan hidung (mask) jika anda batuk atau bersin atau berada dalam tumpuan ramai.
  • Mengamalkan kebersihan diri dengan tutup mulut dan hidung anda, menggunakan tisu apabila anda batuk dan bersin. Buang tisu yang digunakan dalam tong sampah segaranya.
  • Kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer
  • Elak hubungan rapat (1 meter atau 3 kaki) dengan orang lain
  • Bercuci dan membasmi kuman yang sering disentuh oleh orang laih (seperti meja dan kerusi)

Muat turun aplikasi mudah alih Teleme dan berbual dengan pakar sekarang.

TeleMe dibina untuk memberi komuniti akses ONLINE & OFFLINE yang selesa & cekap ke penjagaan kesihatan.

Amaran. Blog TELEME mengandungi maklumat umum tentang keadaan kesihatan dan rawatan. Ia tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat perubatan profesional, diagnosis atau rawatan.

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah perubatan, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan segera dari doktor anda atau ahli kesihatan profesional yang lain. Anda tidak boleh menangguhkan mendapatkan rawatan, menukar rawatan / perubatan anda, atau menghentikan rawatan perubatan kerana maklumat di laman web ini.