Apakah itu PUI COVID-19?
Kes-kes yang Disyaki (Person Under Investigation – PUI)
PUI ialah seorang yang mempunyai kedua-dua
A. Deman atau jangkitan pernafasan akut (jangkitan pernafasan yang muncul dengan sekurang-kurangnya satu gejala – iaitu kesukaran bernafas, batuk atau sakit tekak) DAN
B. Melawati negara-negara yang berisiko1 dalam masa 14 hari sebelum permulaan gejala ATAU hubungan rapat2 dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari sebelum permulaan gejala
1Negara-negara berisiko adalah China, Macau, Hong Kong, Taiwan, Korea, Japan, Italy, Iran, Denmark.
2Hubungan rapat adalah
- Kakitangan kesihatan yang terdedah kepada pesakit COVID-19 tanpa Peralatan Perlindungan Diri (Personal Protection Equipment), bekerja dengan kakitangan kesihatan yang berjangkiti COVID-19, melawat atau berduduk dalam keadaan yang rapat dengan pesakit COVID-19
- Berkerja sama dalam persekitaran yang dekat atau berkongsi kelas dengan pesakit COVID-19
- Berlancong bersama pesakit COVID-19
- Tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit COVID-19
Kes Positif COVID-19
Seorang yang mempunyai keputusan makmal mengesahkan penjangkitan COVID-19 dengan menggunakan ujian makmal RT-PCR


Amaran. Blog TELEME mengandungi maklumat umum tentang keadaan kesihatan dan rawatan. Ia tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat perubatan profesional, diagnosis atau rawatan.
Sekiranya anda mengalami sebarang masalah perubatan, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan segera dari doktor anda atau ahli kesihatan profesional yang lain. Anda tidak boleh menangguhkan mendapatkan rawatan, menukar rawatan / perubatan anda, atau menghentikan rawatan perubatan kerana maklumat di laman web ini.