Memilih Antara Hubungan dan Kerjaya Sebagai Anak Kapal
Keputusan untuk menjadi anak kapal berpotensi mengubah kehidupan anda, jadi seharusnya anda memikir secara masak-masak keputusan ini. Ia boleh memberikan anda peluang yang hebat untuk memperbaiki diri anda dan merupakan suatu peluang kerjaya yang tanpa had. Akan tetapi, anda mungkin menghadapi bantahan daripada ibubapa atau pasangan anda yang barangkali tidak suka anda sering berada di tempat yang jauh dari mereka.
Mengenal Pasti Tujuan
Perkara pertama yang anda perlu berfikir apabila memutuskan sama ada untuk mengikuti kerjaya impian anda atau mendengar percakapan orang di sekeliling anda, adalah, apakah tujuan mereka untuk menghalang anda daripada menjadi anak kapal.
- Jarak. Terdapat banyak pekerjaan lain yang memerlukan seseorang untuk berpindah ke lokasi yang lebih jauh dan untuk tempoh masa yang lebih lama! Sebagai anak kapal, masa pusing balik anda semakin cepat kerana masa penerbangan semakin singkat dengan teknologi pesawat yang lebih canggih.
- Kewangan. Anda akan dibayar pampasan dengan elaun yang bermurah hati yang membolehkan anda untuk berjimat untuk masa hadapan.
- Iri hati. Sesetengah kawan anda akan secara rahsia berasa iri hati terhadap anda, sebab anda mendapat peluang untuk melancong sambil mendapat pampasan lumayan. Jangan peduli pada mereka
• Cabaran. Jika anda suka pada kerja rutin, jam 9 hingga 5 di pejabat yang sama, setiap hari, maka pekerjaan sebagai anak kapal memang bukan untuk anda. Kerja ini tidak dapat diramal dan pada masa yang sama juga menarik, sesuai bagi mereka yang suka cabaran
Penyelesaian
Selepas anda berjaya menentukan tujuan-tujuan di sebalik bantahan pasangan anda atau keluarga anda terhadap pilihan kerjaya baru anda, anda boleh mula membuat persediaan untuk mencari penyelesaiannya.
- Anda dapat mencapai impian anda untuk melancong ke negara-negara yang anda idamkan sementara anda bekerja. Ini adalah satu kelebihan yang kebanyakkan kawan anda tidak dapat menikmati.
- Anda akan dapat menikmati penerbangan berdiskaun atau tawaran untuk ahli keluarga anda untuk melancong bersama anda
- Anda masih dapat berkomunikasi dengan keluarga kesayangan melalui teknologi telefon bimbit (sila juga membaca artikel kami Berada jauh dari rumah, tidak akan merosakkan hubungan) untuk cara-cara mengekalkan hubungan anda
Anda perlu menimbang kebaikan dan keburukan pilihan kerjaya anda sebagai anak kapal. Adakah anda akan menyesal TIDAK mengikuti impian anda jika hubungan anda kemudiannya tidak terjadi juga? Atau anda akan menyesal mengikut impian anda jika ia bermakna hubungan anda akan tamat? Kesimpulannya, jikalau mengikuti fikiran anda tidak juga memberi anda apa-apa jawapan, anda mungkin perlu mengikut perasaan anda untuk membuat keputusan ini.
Amaran. Blog TELEME mengandungi maklumat umum tentang keadaan kesihatan dan rawatan. Ia tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat perubatan profesional, diagnosis atau rawatan.
Sekiranya anda mengalami sebarang masalah perubatan, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan segera dari doktor anda atau ahli kesihatan profesional yang lain. Anda tidak boleh menangguhkan mendapatkan rawatan, menukar rawatan / perubatan anda, atau menghentikan rawatan perubatan kerana maklumat di laman web ini.