()

Hidup dengan Diabetes dan Perubahan Gaya Hidup

Menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri anda dengan sokongan daripada orang-orang yang terlibat dalam menjaga anda adalah sangat penting untuk mengawal keadaan Diabetes anda.

Berhubung rapat dengan pakar penjagaan kesihatan anda

  • Periksa keadaan mata anda (berunding dengan pakar mata) dengan kerap (setiap 6-12 bulan)
  • Buat pemeriksaan kaki dan pakai kasut yang sesuai untuk kaki anda (berunding dengan pakar podiatri)
  • Lakukan ujian darah dengan kerap (setiap 3 bulan) untuk memantau sebaik mana kawalan Diabetes anda (berunding dengan doktor dan pakar endokrin)
  • Pemantauan kendiri terhadap gula dalam darah perlu dilakukan jika anda sedang dalam rawatan insulin, dan digalakkan jika anda sedang berada dalam rawatan ubat secara oral.

Ubah Gaya Hidup Anda

  • Makan secara sihat dengan mengurangkan jumlah lemak, garam dan gula serta tingkatkan jumlah pengambilan fiber/serat (20-30 g/sehari) dalam diet anda. Diet yang seimbang perlu merangkumi daripada 45-60% tenaga daripada karbohidrat, 15-20% tenaga daripada protein dan 25-35% tenaga daripada lemak. Mengehadkan pengambilan minuman manis kepada kurang daripada 2 hidangan sehari atau <10% daripada pengambilan kalori sehari. Tukar diet anda kepada makanan yang rendah Indeks Glisemik (GI) atau berunding dengan pegawai pemakanan anda.
  • Kerap bersenam atau melakukan fizikal aktiviti boleh membantu menurunkan kadar gula dalam darah anda. Namun, sebelum memulakan sesuatu aktiviti yang baru, sila berunding dengan pakar penjagaan kesihatan anda terlebih dahulu kerana keperluan rawatan insulin dan ubat-ubatan anda mungkin berubah. Anda mungkin juga perlu berunding dengan pelatih kecergasan untuk menyusun aktiviti senaman yang bersesuaian dengan anda.
  • Berhenti merokok kerana ia meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit berkaitan jantung seperti serangan jantung dan strok (angin ahmar).
  • Mengehadkan pengambilan alkohol kepada jumlah yang dicadangkan sehari dan jangan minum alkohol dengan perut yang kosong.
  • Jaga kaki anda dengan memakai kasut yang sesuai. Elakkan jalan berkaki ayam (tidak memakai kasut) kera ia meningkatkan risiko mendapat kecederaan.

Kehamilan

Jika anda mempunyai diabetes dan bercadang untuk mendapatkan anak, sila berunding dengan pakar penjagaan kesihatan anda untuk memastikan kadar gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum dan semasa kehamilan. Kawalan diabetes boleh menjadi sukar ketika kehamilan.


Amaran. Blog TELEME mengandungi maklumat umum tentang keadaan kesihatan dan rawatan. Ia tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat perubatan profesional, diagnosis atau rawatan.

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah perubatan, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan segera dari doktor anda atau ahli kesihatan profesional yang lain. Anda tidak boleh menangguhkan mendapatkan rawatan, menukar rawatan / perubatan anda, atau menghentikan rawatan perubatan kerana maklumat di laman web ini.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating / 5. Vote count:

No votes so far! Be the first to rate this post.

As you found this post useful...

Share it on social media!

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?

Leave a Comment