()

Adakah Anda Mengalami Risiko Gangguan Tidur Akibat Daripada Kerja Syif?

Kerja syif baru? Cara untuk menetapkan semula jadual tidur baru anda

Kebanyakan orang mempunyai jadual tidur yang tetap (juga baca artikel kami tentang tips jadual tidur sihat), iaitu anda tidur and bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.  Tetapi, apabila kerja baru anda merupai kerja syif, jadual tidur anda wajib diubah suai.  Penerbangang ke arah timur biasanya mengakibatkan lebih “jet lag” berbanding daripada penerbangan ke arah barat kerana adalah lebih sukar untuk masuk tidur awal dari tidur lewat.  Berikut adalah beberapa strategi bijak untuk membantu mencegah corak tidur yang terganggu

Click to watch the video on 9 Natural Ways to Cure Jet Lag by expedia.ca

Buat pertukaran masa tidur secara beransur-ansur

Kebanyakan orang tidak boleh mengendalikan anjakan besar dalam rutin tidur mereka yang melibatkan tukaran zon masa melebihi 8-12 jam.  Dalan pekerjaan anda, anda perlu menyesuaikan diri dengan zon masa baru secepat mungkin.  Untuk melegakan pertukaran yang mengiringi lintasan zon masa, anda dikehendaki mambuat persiapan secara beransur-ansur dengan memperawalkan atau menundakan masa tidur anda sebanyak 30-60 minit setiap 1-2 hari sehinggalah ke hari pertukaran syif. Ia mungkin berasa agak menyusahkan tetapi perubahan kecil membuat pelarasan jauh lebih mudah.

Laraskan suasana di bilik tidur

Otak anda bergantung pada kehadiran atau ketiadaan cahaya matahari untuk mengetahui bila tiba masanya untuk bangun dan juga masa untuk tidur.  Cahaya menjejaskan pengeluaran hormon melatonin yang mengawal rutin tidur anda.  Oleh itu, anda mungkin perlu mengelapkan lampu, memakai topeng tidur atau tutup langsir di bilik tidur anda untuk memperdayakan otak bahawa ia adalah masa untuk tidur untuk menyesuaikan diri dengan zon masa baru anda.  Contohnya, anda mungkin perlu tidur pada waktu siang supaya anda boleh berehat dan berasa segar untuk melakukan peralihan malam tanpa mengantuk.

Tidur singkat

Apabila jadual tidur anda terganggu, anda mungkin mendapati diri anda lebih letih daripada biasa.  Tidur singkat selama 20-minit pada awal petang didapati boleh memberi anda rangsangan tenaga, manakala tidur singkat yang terlalu lama atau terlalu dekat dengan waktu tidur anda akan mengelirukan irama tidur anda dan mengakibatkan lebih gangguan pada badan anda.  Jadi, andainya anda berasa letih tetapi masa sudah dekat dengan waktu makan malam, cuba menahan dari tidur singkat, menghabiskan tugasan harian secepat mungkin and masuk tidur awal.

Kekal Beraktif

Kerap berjalan-jalan di luar, menyedut udara segar dan mendedahkan diri anda pada cahaya matahari.  Anda juga boleh melakukan senaman di gimnasium atau di dalam bilik anda untuk kekal beraktif.

Sesuaikan diri dengan zon masa baru pada pesawat

Setiba anda di pesawat, menetapkan jam tangan anda ke zon masa baru supaya menyiapkan diri anda melintasi zon masa baru.  Minumlah banyak cecair sepanjang penerbangan untuk mengelakkan penyahhidrasi kerana ini boleh membuat “jet lag” lebih teruk.  Digalakkan untuk minum teh, sebab semua jenis teh membawa kesan menenangkan badan.  Elakkan kafein atau alkohol yang boleh bertindak sebagai bahan perangsang pada badan and boleh menjejaskan corak tidur anda. 

Bawa bersama beberapa barangan peribadi

Mempunyai bantal kegemaran anda atau barangan kenangan peribadi seperti gambar keluarga atau pasangan anda pada sisi katil anda di dalam bilik hotel boleh menenangkan perasaan anda.

Selain dari itu, anda cuba amalkan rutin biasa anda seperti minum minuman atau mendengar muzik kegemaran.

Amaran. Blog TELEME mengandungi maklumat umum tentang keadaan kesihatan dan rawatan. Ia tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat perubatan profesional, diagnosis atau rawatan.

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah perubatan, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan segera dari doktor anda atau ahli kesihatan profesional yang lain. Anda tidak boleh menangguhkan mendapatkan rawatan, menukar rawatan / perubatan anda, atau menghentikan rawatan perubatan kerana maklumat di laman web ini.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating / 5. Vote count:

No votes so far! Be the first to rate this post.

As you found this post useful...

Share it on social media!

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?

Leave a Comment